Webinar Nadi X Cybersecurity – Sim Swap : Ancaman Siber Kepada Usahawan Slot 1

19 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 September 2025, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar Cyberecurity - Sim Swap : Ancaman Siber Kepada Usahawan Slot 1. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.

Webinar ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada 3.00 petang hingga 4.30 petang.

Webinar disampaikan oleh Encik Izzat Hamizan. Webinar ini akan membawa anda menyaksikan bagaimana serangan "Sim Swap" berlaku secara langsung, memahami kesannya terhadap akaun bank dan perniagaan usahawan, serta langkah pencegahan untuk melindungi nombor telefon dan operasi digital anda. Tujuan webinar ini memberi pendedahan kepada usahawan tentang ancaman Sim Swap sebagai salah satu bentuk serangan siber yang semakin berleluasa. Meningkatkan kesedaran usahawan mengenai cara penjenayah siber mengambil alih nombor telefon dan mengakses akaun perbankan atau media sosial. Memberi panduan langkah pencegahan dan amalan keselamatan digital bagi melindungi data peribadi serta maklumat perniagaan. Menyokong agenda kerajaan dalam memperkukuhkan literasi keselamatan siber di kalangan usahawan. Selain itu, Kebaikkan webinar ini ialah Usahawan lebih peka terhadap risiko kehilangan data dan kerugian kewangan akibat serangan Sim Swap. Mengetahui kaedah dan strategi praktikal untuk melindungi akaun bank, e-dagang, dan platform komunikasi. Meningkatkan tahap keyakinan dalam mengurus keselamatan maklumat perniagaan secara digital.

Webinar ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah ilmu baru serta meningkatkan tahap kesedaran digital masyarakat supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan internet. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali